Khamis, 16 Julai 2009

Nuur Diana Syuhada Naib Johan Tokoh NILAM Kebangsaan Kategori SK Luar Bandar Tahun 2009


Wakil Tokoh NILAM Negeri Perak yang juga merupakan pelajar di sekolah ini, adik Nuur Diana Syuhada bt Abdul Ghaffar, berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan Tahun 2009. Johan kategori ini ialah adik Muhamad Adam Faliq bin Abdul Ghani dari Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan. Beliau juga berjaya menggondol gelaran Tokoh NILAM Kebangsaan Sekolah Rendah, 2009. Tempat ketiga dimenangi oleh adik Nur Farihah bt Jamil dari SK Bukit Sentosa, Hulu Selangor.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tahniah kepada semua pemenang.

Jumaat, 10 Julai 2009

PAMERAN BUKU SEMPENA KEMPEN MEMBACA KEBANGSAAN




Mulai 15hb Julai sehingga 30hb Julai, Kelab PSS SK Kampong Kedah akan mengadakan Pameran Buku sempena Bulan Membaca Kebangsaan. Berbagai buku-buku yang menarik dengan harga yang berpatutan akan dijual. Mereka yang berminat bolehlah mengunjungi PSS dan berhubung dengan Pn Siti Aminah.

Selasa, 7 Julai 2009

Foto Pengawas PSS dengan Guru-Guru

Barisan Pengawas PSS 2009.

Nuur Diana Syuhada Akan Ke BTPN Selangor Untuk Menerima Anugerah NILAM


Ahad, 12hb Julai,2009 ini, Nuur Diana Syuhada bt Abdul Ghaffar akan berangkat ke BTPN Selangor dengan diiringi oleh Guru Media SK Kg Kedah dan Tuan Hj Alias Mohamad dari BTPN Perak untuk menerima Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan, 2009 pada hari Selasa, 14hb Julai, 2009.

Beliau adalah calon tunggal dari negeri Perak yang berjaya menerima anugerah tersebut.

Terima Kasih Kak Kiah



Usianya telah mencecah 50 tahun. Kak kiah masih bujang. Kasih sayangnya ditumpahkan kepada kucing-kucingnya. Kak Kiah membela kucing-kucing terbuang itu bagaikan anak-anak sendiri. Kucing-kucingnya lah yang menjadi pengubat kesunyian selama ini.


Bertugas sebagai PRA di SK Kampong Kedah mulai tahun ini. Kak Kiah gemar menghias dan pandai membuat berbagai kraf tangan. Itulah yang dilakukan untuk menambah pendapatannya. Semenjak dia bertugas di sekolah ini, Kak Kiah sering membantu di PSS walaupun tanpa disuruh. Dia sungguh ringan tulang membantu apa-apa yang patut. Walaupun dia sering sakit-sakit kerana kesan kecederaan lama, Kak Kiah masih tidak betah duduk diam dan ada saja kerja yang dicarinya. Sesekali dia berhenti untuk melepaskan lelah dan berbual tentang kehidupannya yang telah dilalui lebih dari setengah abad. Thank you, Kak Kiah.

Isnin, 6 Julai 2009

JULAI - BULAN KEMPEN MEMBACA KEBANGSAAN



Sejarahnya:


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti Kempen Membaca, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat telah menyediakan pangkalan data Literasi Maklumat i-baca.

Slogan Kempen Membaca Kebangsaan Tahun-tahun Yang Lepas:


1995 - Mari Membaca Bersama
1996 - Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997 - Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membacaMendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membacaMenjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998 - Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999 - Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000 - Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001 - Membaca Merdekakan Minda
2002 - baca@gaya hidup
2003 - Membaca Santapan Minda SekeluargaBacalah Bersama Keluarga...
2004 - Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2008 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Aktiviti-aktiviti Kempen Membaca Kebangsaan SK Kampong Kedah 2009:
  1. Pertandingan Penulisan Kreatif
  2. Pameran Buku
  3. Pertandingan Pidato 'Kepentingan Membaca'
  4. Pertandingan Buku Kegemaran Saya

Foto PSS Kg Kedah


Komputer di PSS


Carta-carta Organisasi


Rak-rak buku


Sudut Komputer



Sudut Carta Organisasi


Meja bacaan murid


Dinding luar PSS


Ruang Bacaan


Rak Buku Red Spot


Rak Buku Red Spot


Bilik NILAM


Ruang Bacaan


Ruang bacaan


Papan Informasi NILAM


Kaunter Pinjaman

SK Kg Kedah















  © Blogger template 'Ladybird' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP