Khamis, 16 Julai 2009
Wakil Tokoh NILAM Negeri Perak yang juga merupakan pelajar di sekolah ini, adik Nuur Diana Syuhada bt Abdul Ghaffar, berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Tokoh NILAM Kebangsaan Tahun 2009. Johan kategori ini ialah adik Muhamad Adam Faliq bin Abdul Ghani dari Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan. Beliau juga berjaya menggondol gelaran Tokoh NILAM Kebangsaan Sekolah Rendah, 2009. Tempat ketiga dimenangi oleh adik Nur Farihah bt Jamil dari SK Bukit Sentosa, Hulu Selangor.Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tan Sri Dato' Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tahniah kepada semua pemenang.
Jumaat, 10 Julai 2009
PAMERAN BUKU SEMPENA KEMPEN MEMBACA KEBANGSAAN
Selasa, 7 Julai 2009
Nuur Diana Syuhada Akan Ke BTPN Selangor Untuk Menerima Anugerah NILAM
Ahad, 12hb Julai,2009 ini, Nuur Diana Syuhada bt Abdul Ghaffar akan berangkat ke BTPN Selangor dengan diiringi oleh Guru Media SK Kg Kedah dan Tuan Hj Alias Mohamad dari BTPN Perak untuk menerima Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan, 2009 pada hari Selasa, 14hb Julai, 2009.
Beliau adalah calon tunggal dari negeri Perak yang berjaya menerima anugerah tersebut.
Terima Kasih Kak Kiah
Usianya telah mencecah 50 tahun. Kak kiah masih bujang. Kasih sayangnya ditumpahkan kepada kucing-kucingnya. Kak Kiah membela kucing-kucing terbuang itu bagaikan anak-anak sendiri. Kucing-kucingnya lah yang menjadi pengubat kesunyian selama ini.
Bertugas sebagai PRA di SK Kampong Kedah mulai tahun ini. Kak Kiah gemar menghias dan pandai membuat berbagai kraf tangan. Itulah yang dilakukan untuk menambah pendapatannya. Semenjak dia bertugas di sekolah ini, Kak Kiah sering membantu di PSS walaupun tanpa disuruh. Dia sungguh ringan tulang membantu apa-apa yang patut. Walaupun dia sering sakit-sakit kerana kesan kecederaan lama, Kak Kiah masih tidak betah duduk diam dan ada saja kerja yang dicarinya. Sesekali dia berhenti untuk melepaskan lelah dan berbual tentang kehidupannya yang telah dilalui lebih dari setengah abad. Thank you, Kak Kiah.
Isnin, 6 Julai 2009
JULAI - BULAN KEMPEN MEMBACA KEBANGSAAN
Sejarahnya:
Slogan Kempen Membaca Kebangsaan Tahun-tahun Yang Lepas:
1995 - Mari Membaca Bersama
1996 - Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997 - Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membacaMendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membacaMenjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998 - Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999 - Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000 - Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001 - Membaca Merdekakan Minda
2002 - baca@gaya hidup
2003 - Membaca Santapan Minda SekeluargaBacalah Bersama Keluarga...
2004 - Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2008 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Aktiviti-aktiviti Kempen Membaca Kebangsaan SK Kampong Kedah 2009:
- Pertandingan Penulisan Kreatif
- Pameran Buku
- Pertandingan Pidato 'Kepentingan Membaca'
- Pertandingan Buku Kegemaran Saya
Isnin, 29 Jun 2009
NUUR DIANA BERJAYA DIPERINGKAT NILAM KEBANGSAAN
Johan NILAM Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar yang juga Tokoh NILAM Negeri Perak 2008, Nuur Diana Syuhada binti Abdul Ghaffar telah berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pemenang Anugerah NILAM Kebangsaan 2009. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau. Semoga beliau memperolehi tempat yang terbaik.
Khamis, 18 Jun 2009
Ketua Pengawas PSS SK Kampong Kedah
Mohd Nur Ifran bin Mohd Raizi dilantik sebagai Ketua Pengawas PSS SK Kampong Kedah pada tahun 2009. Beliau merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik.Kini beliau belajar di Tahun 6. Beliau merupakan seorang pengawas yang tekun dan bertanggung-jawab.
Mohd Irfan juga seorang pelajar yang pintar dan bersopan santun. Beliau berharap untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.
Mohd Irfan juga seorang pelajar yang pintar dan bersopan santun. Beliau berharap untuk mendapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.
Rabu, 27 Mei 2009
Buku Baru Di Rak
Tajuk Buku: 52 Cerita Fabel Koleksi Sebuah Cerita Setiap Minggu
Penterjemah: Azwani Abdul Ghani dan Ashdi Mohd Zaini
Terbitan: Kohwai & Young (Malaysia) Sdn Bhd.
Komen:
Buku yang menarik ini mengandungi 52 cerita fabel mengenai haiean dan manusia. Ia membolehkan kanak-kanak menikmati sebuah cerita seminggu sepanjang tahun. Dongengan dalam buku tersebut adalah berpandukan dongengan Aesop. Melalui penyuntingan yang teliti, ayat-ayat yang digunakan mudah difahami oleh kanak-kanak yang sedang membina keyakinan untuk membaca.
Dalam setiap certa, tersirat pengajaran dan mutiara ilmu. Pengajaran bagi setiap cerita kanak-kanak diringkaskan dan dipaparkan selepas cerita tersebut. Kanak-kanak akan dapat mengenalpasti watak-watak yang baik dan jahat, bijak dan bodoh, lemah dan kuat, dan pelbagai watak lain. Mereka akan dapat memanfaatkan pengajaran yang berguna, terutamanyadari segi interaksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian.
Ilustrasi yang berwarna-warni dan ceria bertindak sebagai tanda visual mengenai adegan dan watak. Ia menambahkan keseronokan membaca serta membantu kanak-kanak memahami cerita-cerita tersebut. Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak di sekolah rendah.
New Books On The Rack
Title: 52 Fables. A Tale A Week Collection
Author: Maxine Slater dan Bob Williams
Publisher: Kohwai & Young Publication(Malaysia) Sdn Bhd.
Comments:
This wonderful book contains 52 clever tales of animals and people, providing children with 'a fable a week' for a whole year of reading enjoyment. The fables are based on the original stories from Aesop, and they have been carefully edited in simple language for young children who are building confidence in reading.
Each story offers words of wisdom and the moral is summarized in short, simple sentence at the end of the story. Children will be able to identify the good and the bad characters, the wise and the foolish, the weak and the strong, and learn other useful lessons with regards to interacting with others in everyday life.
Lively, colourful illustrations give visual cues about story events and characters, thus enhancing the children's understanding of the stories and adding to their reading pleasure. It is an excellent book for children.
Selasa, 26 Mei 2009
Blog SK Kg Kedah.
26hb Mei, 2009.
Mulai hari ini PSS SK Kampong Kedah akan mempunyai blognya sendiri. Ehem, ehem, Mak su jadi blogger lah pulak. Montel Manja mesti jealous. Anyway kita nak buat blog kita ni dwi bahasa ke? Posting pertama ni cuma..... Testing, testing, one,two, three. Adios.
Mulai hari ini PSS SK Kampong Kedah akan mempunyai blognya sendiri. Ehem, ehem, Mak su jadi blogger lah pulak. Montel Manja mesti jealous. Anyway kita nak buat blog kita ni dwi bahasa ke? Posting pertama ni cuma..... Testing, testing, one,two, three. Adios.
Langgan:
Catatan (Atom)