Isnin, 6 Julai 2009

JULAI - BULAN KEMPEN MEMBACA KEBANGSAAN



Sejarahnya:


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan “Mari Membaca Bersama”. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos yang berlangsung sehingga ke tahun 2000. Program ini telah diubah kemudiannya pada bulan Julai dari tahun 2001 hingga 2005 bagi mengelakkan pertindihan dengan sambutan bulan kemerdekaan. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya. Mulai tahun 2006 di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti Kempen Membaca, Bahagian Gerakan Literasi Maklumat telah menyediakan pangkalan data Literasi Maklumat i-baca.

Slogan Kempen Membaca Kebangsaan Tahun-tahun Yang Lepas:


1995 - Mari Membaca Bersama
1996 - Generasi Berilmu Penggerak Wawasan
1997 - Melangkah ke Era Siber : teruskan dengan membacaMendalami Ilmu Pengetahuan : teruskan dengan membacaMenjelajahi Dunia Ilmu : teruskan dengan ilmu
1998 - Kalau dahulu saya amalkan membaca – anda masih belum terlambat...
1999 - Ilmu Merintis Kecemerlangan Minda
2000 - Baca Amalan Ceria Anda : Masyarakat Berilmu Pemangkin Komuniti dan K-Ekonomi
2001 - Membaca Merdekakan Minda
2002 - baca@gaya hidup
2003 - Membaca Santapan Minda SekeluargaBacalah Bersama Keluarga...
2004 - Rajin Membaca Pasti Berjaya
2005 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2006 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2007 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
2008 - Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

Aktiviti-aktiviti Kempen Membaca Kebangsaan SK Kampong Kedah 2009:
  1. Pertandingan Penulisan Kreatif
  2. Pameran Buku
  3. Pertandingan Pidato 'Kepentingan Membaca'
  4. Pertandingan Buku Kegemaran Saya

0 ulasan:

  © Blogger template 'Ladybird' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP